Cari Apa Saja Di Sini

Ahad, 5 Oktober 2008

Selamat Hari Raya..

Salam semua,
Hari raya... penuh keberkatan... hari kemenangan... tapi itu hanyalah secebis yang tertinggal buat manusia.. sebenarnya perjuangan ini amat panjang lagi.. tanyalah pada diri anda, apa yang anda mahu lakukan, akan lakukan dan telah lakukan untuk diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan negara. Jika anda memperolehi jawapan setelah wujud pertanyaan tersebut, anda sebenarnya telah matang dalam perjalanan hidup ini. Percayalah.. hidup adalah kebenaran yang amat pahit, terlalu sedikit istimewanya. Hidup menuntut manusia mengenali diri sendiri.. anda percaya atau tidak, terlalu ramai manusia tidak mengenali diri sendiri. Mereka kata mereka kenal tetapi bila diajukan persoalan, apa sumbangan mereka, apa yang mereka mahu lakukan, jawapan yang diperolehi kebiasaanya tersasar. Jawapan itu hanya sekadar penyedap halwa telinga pendengar tapi bukan dari hati.

Bercakap dari hati... jika berjaya bercakap dari hati akan munculah cahaya diwajah, penuh keikhlasan dan ketelusan. Tetapi kebanyakan hanya bercakap dari mulut dan akal.. hati tidak bergerak..

Semoga beroleh keberkatan dan kerahmatan setelah mengharungi sebulan ibadat puasa... Semoga segala amalan kita diterima olehNya.

Wasalam... salam dari lanunMalaysia..

Isnin, 21 Julai 2008

BUAT SEMUA LANUN

Kepada semua lanun yang ada kat malaysia, anda dijemput untuk memeriahkan laman blog lanun malaysia. Ayuh, kita menjadi lanun untuk negara kita.. tapi ingat, lanun yang baik saja... lanun yang jahat tidak dijemput mengangotai kelab lanun malaysia ini.

Kita akan bercerita pasal lanun dari masa ke semasa. Jadilah lanun untuk diri dan semua lanun.

Percaya lah... lanun sentiasa menang. Hidup lanun.

Bye

Ahad, 20 Julai 2008

SALAM PERKENALAN

Salam

Saya menulis ini hanya sekadar ingin berkongsi sedikit pengalaman. Hidup adalah kebenaran yang amat pahit, terlalu sedikit istimewanya. Pasti setiap orang antara kita mengharapkan diri akan bertuah dan mempunyai nasib yang amat baik. Satu cerita... disebuah tempat yang pelik, hanya seorang sahaja yang mampu untuk memasuki tempat tersebut. Dan andalah insan bertuah tersebut. Orang lain tidak berjaya memasuki dan tidak dibenarkan memasuki tempat itu. Didalamnya terdapat dua biji mutiara. Anda disuruh untuk mengambil mutiara tersebut. Sebagai seorang yang baik hati, anda memasuki tempat itu, dan memegang mutiara berkenaan. Pada masa yang sama anda terpandang ada lagi dua mutiara yang amat sempurna. anda memandang dua biji mutiara yang telah anda pegang. Ianmya canti tetapi sedikit tak rata sedangakan mutiara lain amat sempurna sifatnya. Jadi. anda juga mengambil mutiara yang dua lagi. Pada masa yang sama anda memandang kearah orang yang menyuruh anda mengambil mutiara tersebut. Dia amat berharap anda membawa mutiara itu kepadanya. Pandangan dia terhadap anda amat berharap abda faham. Apakah yang anda lakukan.

1 adakah anda akan menyerahkan mutiara tersebut kepada orang berkenaan
2 atau tidak menyerahkanya.

Soalanya... hanya anda yang memegang mutiara itu. orang lain tidak boleh masuk untuk mengambil mutiara tersebut. apatah lagi untuk memegang mutiara berkenaan. Hanya anda. Apa jawapan anda, terserahlah...

Sekadar bercerita.. mungkin saya akan memuatkan cerita yang berguna dari masa ke semasa untuk kita kongsi bersama. Pastinya kita akan dapat berkongsi banyak pengalaman. Jadi, lawatilah lanunMALAYSIA. Lanun sudah pasti akan mencapai kemenangan yang mutlak untuk semua kerana lanun akan menjadi yang terbaik dan terburuk.

Namun, jangan memikirkan dari sudut negatif, berfikirlah secara rasional, kita bersembang dan berkongsi cerita. Sebagaimana awal, hidup adalah kebenaran yang amat pahit.
Cukup dulu dari lanunmalaysia. Apa-apa pun yang pasti aku yang menang. Lanun mana nak kalah kan. K, Gua blah dulu.

Salam kembali dari LanunMALAYSIA

Pengenalan

Ini adalah blog saya... kalau nak komen, sila komen melalui blog ini. Apa-apa cadangan dan penambahbaikan diterima.

Sekian, Salam dari LanunMALAYSIA