Cari Apa Saja Di Sini

Sabtu, 5 Januari 2013

Salam.
Teramat lama tak up date blog. tak de pengunjung pun, tapi sekadar untuk menulis, sebenarnnya banyak pengalaman boleh di kongsi.  Telah bertukar tempat kerja lagi.  Menjadi anak kelantan sejati sebab kembali kerja di kelantan.

Nanti menulis lagi.

Jumpa lagi.

Jumaat, 28 September 2012

Jumpa Kembali

Salam... Lama tak up date blog ni.. tak de pelawat pun.. tapi oleh kerana saya amat sayangkan blog ini, saya akan jadikah blog untuk info penternakan kambing dan itik telur yang saya sedang usahakan.. Akan di up date gambar tersebut. Jumpa lagi.. misi masih lagi sama.. kita semua berhak menjadi jutawan.

Rabu, 30 Mac 2011

Salam Kembali

Lama tak melawat blog. Sedar tak sedar umur dah meningkat.. dan paling penting dah bertukar tempat kerja. Sekarang bertugas kat kudat. Selamat tinggal Lahad Datu. Tempat baru, budaya kerja yang baru dan pastinya persekitaran yang baru. Berjumpa pegawai yang baru.

Sebenarya teramat ingin untuk menulis.. berkongsi pengalaman hidup kan kebenaran yang amat pahit dan dalam kepahitan itulah kematangan hidup kita.

Kita bertemu lagi.

Salam.

Sabtu, 2 Januari 2010

Kelab Jutawan

Lama saya berfikir, apakah fokus saya terhadap blog ini. Apa yang paling baik untuk dikongsikan bersama. Untuk kesejahteraan semua. Akhirnya saya memutuskan untuk menulis tentang wang. Bagaimana untuk mengumpul wang. Melipatgandakan wang tersebut dan seterusnya mengecapi nikmat hidup yang sebenar. Saya terpanggil untuk fokus pada wang kerana semakin hari saya melihat semakin ramai manusia menjadi hamba wang dan dalam masa yang sama tidak tahu untuk menguruskan wang. Kurang tepat untuk membuat pilihan yang mana keperluan dan kehendak.

Saya akan memetik beberapa cara dari buku yang saya baca. Terus terang, saya amat meminati buku yang menceritakan bagaimana untuk mengumpulkan kekayaan dan menjadi jutawan. Sekiranya anda juga peminat buku sedemikian, saya memohon maaf kerana menghidangkan pengetahuan yang sama, namun, kita akan mengecapi sesuatu yang baru iaitu kebebasan dalam kewangan.

Untuk kali ini, cukup sekadar perkara asas iaitu menyimpan wang. Tanpa simpanan segalanya adalah mustahil untuk mengecapi keselesaan. Bagaimana untuk menyimpan dan dimana tempat yang paling sesuai, kita akan berbincang dari masa ke semasa. InsyaAllah, saya akan sentiasa up-date blog ini. Kita berkongsi pendapat dan pandangan. Dan paling penting, kita semua menuju ke kelab Jutawan.

Jumpa lagi..

Jumaat, 1 Januari 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Salam untuk semua

Lama saya tak up date blog ni..

Bagaimana rasanya menyambut tahun baru kali ini. 2010. Pelik melihat angka sedemikian dan sebenarnya ia juga membawa umur kita satu angka meningkat. Saya sendiri telah meningkat.. lebih tua la maksudnya. Mana ada orang semakin muda kan.

Untuk dikongsi bersama... perjalanan kehidupan yang sebenar ialah bila kita mengalami nasib uang amat buruk dan pengalaman yang amat pahit. Percaya atau tidak, kepahitan adalah penawar yang amat mujarab untuk sebuah kejayaan. Saya kurang percaya melihat kemanisan akan membentuk kejayaan. Biasa yang pahit akan membuat manusia lebih menghargai dan seterusnya akan menjadi lebih teliti, berbakat dan berkarisma.

Juga percayalah, kebencian yang amat mendalam biasanya akan membuahkan cinta. Kebencian yang mendalam itu dan bercinta kemudianya akan membuatkan cinta itu kekal selamanya. Tanyalah bagaimana rakan anda bercinta. Jika penuh keindahan sahaja, cinta itu akan cepat pudar. Sekadar untuk berkongsi..

Tahun ini, ada kenalan saya yang menjadi pengantin baru.. saya ucapkan tahniah, lama tak dengar khabar mereka.

saya rasa tidak perlu panjang untuk coretan sebegini. Tapi saya akan cuba bercakap berkenaan perjalanan hidup yang makin mencabar. Namun, percayalah, kebanyakan kejayaan hanya berpunca dari dua benda.. minat yang mendalam dan kebencian yang melampau... renungkanlah..

Sempena tahun baru ini juga, saya mula belajar hias blog ini. Semoga ia ada sedikit pembaharuan.

saya akan menulis lagi..

Sekian

Ahad, 5 Oktober 2008

Selamat Hari Raya..

Salam semua,
Hari raya... penuh keberkatan... hari kemenangan... tapi itu hanyalah secebis yang tertinggal buat manusia.. sebenarnya perjuangan ini amat panjang lagi.. tanyalah pada diri anda, apa yang anda mahu lakukan, akan lakukan dan telah lakukan untuk diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan negara. Jika anda memperolehi jawapan setelah wujud pertanyaan tersebut, anda sebenarnya telah matang dalam perjalanan hidup ini. Percayalah.. hidup adalah kebenaran yang amat pahit, terlalu sedikit istimewanya. Hidup menuntut manusia mengenali diri sendiri.. anda percaya atau tidak, terlalu ramai manusia tidak mengenali diri sendiri. Mereka kata mereka kenal tetapi bila diajukan persoalan, apa sumbangan mereka, apa yang mereka mahu lakukan, jawapan yang diperolehi kebiasaanya tersasar. Jawapan itu hanya sekadar penyedap halwa telinga pendengar tapi bukan dari hati.

Bercakap dari hati... jika berjaya bercakap dari hati akan munculah cahaya diwajah, penuh keikhlasan dan ketelusan. Tetapi kebanyakan hanya bercakap dari mulut dan akal.. hati tidak bergerak..

Semoga beroleh keberkatan dan kerahmatan setelah mengharungi sebulan ibadat puasa... Semoga segala amalan kita diterima olehNya.

Wasalam... salam dari lanunMalaysia..

Isnin, 21 Julai 2008

BUAT SEMUA LANUN

Kepada semua lanun yang ada kat malaysia, anda dijemput untuk memeriahkan laman blog lanun malaysia. Ayuh, kita menjadi lanun untuk negara kita.. tapi ingat, lanun yang baik saja... lanun yang jahat tidak dijemput mengangotai kelab lanun malaysia ini.

Kita akan bercerita pasal lanun dari masa ke semasa. Jadilah lanun untuk diri dan semua lanun.

Percaya lah... lanun sentiasa menang. Hidup lanun.

Bye