Cari Apa Saja Di Sini

Sabtu, 2 Januari 2010

Kelab Jutawan

Lama saya berfikir, apakah fokus saya terhadap blog ini. Apa yang paling baik untuk dikongsikan bersama. Untuk kesejahteraan semua. Akhirnya saya memutuskan untuk menulis tentang wang. Bagaimana untuk mengumpul wang. Melipatgandakan wang tersebut dan seterusnya mengecapi nikmat hidup yang sebenar. Saya terpanggil untuk fokus pada wang kerana semakin hari saya melihat semakin ramai manusia menjadi hamba wang dan dalam masa yang sama tidak tahu untuk menguruskan wang. Kurang tepat untuk membuat pilihan yang mana keperluan dan kehendak.

Saya akan memetik beberapa cara dari buku yang saya baca. Terus terang, saya amat meminati buku yang menceritakan bagaimana untuk mengumpulkan kekayaan dan menjadi jutawan. Sekiranya anda juga peminat buku sedemikian, saya memohon maaf kerana menghidangkan pengetahuan yang sama, namun, kita akan mengecapi sesuatu yang baru iaitu kebebasan dalam kewangan.

Untuk kali ini, cukup sekadar perkara asas iaitu menyimpan wang. Tanpa simpanan segalanya adalah mustahil untuk mengecapi keselesaan. Bagaimana untuk menyimpan dan dimana tempat yang paling sesuai, kita akan berbincang dari masa ke semasa. InsyaAllah, saya akan sentiasa up-date blog ini. Kita berkongsi pendapat dan pandangan. Dan paling penting, kita semua menuju ke kelab Jutawan.

Jumpa lagi..

Jumaat, 1 Januari 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Salam untuk semua

Lama saya tak up date blog ni..

Bagaimana rasanya menyambut tahun baru kali ini. 2010. Pelik melihat angka sedemikian dan sebenarnya ia juga membawa umur kita satu angka meningkat. Saya sendiri telah meningkat.. lebih tua la maksudnya. Mana ada orang semakin muda kan.

Untuk dikongsi bersama... perjalanan kehidupan yang sebenar ialah bila kita mengalami nasib uang amat buruk dan pengalaman yang amat pahit. Percaya atau tidak, kepahitan adalah penawar yang amat mujarab untuk sebuah kejayaan. Saya kurang percaya melihat kemanisan akan membentuk kejayaan. Biasa yang pahit akan membuat manusia lebih menghargai dan seterusnya akan menjadi lebih teliti, berbakat dan berkarisma.

Juga percayalah, kebencian yang amat mendalam biasanya akan membuahkan cinta. Kebencian yang mendalam itu dan bercinta kemudianya akan membuatkan cinta itu kekal selamanya. Tanyalah bagaimana rakan anda bercinta. Jika penuh keindahan sahaja, cinta itu akan cepat pudar. Sekadar untuk berkongsi..

Tahun ini, ada kenalan saya yang menjadi pengantin baru.. saya ucapkan tahniah, lama tak dengar khabar mereka.

saya rasa tidak perlu panjang untuk coretan sebegini. Tapi saya akan cuba bercakap berkenaan perjalanan hidup yang makin mencabar. Namun, percayalah, kebanyakan kejayaan hanya berpunca dari dua benda.. minat yang mendalam dan kebencian yang melampau... renungkanlah..

Sempena tahun baru ini juga, saya mula belajar hias blog ini. Semoga ia ada sedikit pembaharuan.

saya akan menulis lagi..

Sekian