Cari Apa Saja Di Sini

Ahad, 5 Oktober 2008

Selamat Hari Raya..

Salam semua,
Hari raya... penuh keberkatan... hari kemenangan... tapi itu hanyalah secebis yang tertinggal buat manusia.. sebenarnya perjuangan ini amat panjang lagi.. tanyalah pada diri anda, apa yang anda mahu lakukan, akan lakukan dan telah lakukan untuk diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan negara. Jika anda memperolehi jawapan setelah wujud pertanyaan tersebut, anda sebenarnya telah matang dalam perjalanan hidup ini. Percayalah.. hidup adalah kebenaran yang amat pahit, terlalu sedikit istimewanya. Hidup menuntut manusia mengenali diri sendiri.. anda percaya atau tidak, terlalu ramai manusia tidak mengenali diri sendiri. Mereka kata mereka kenal tetapi bila diajukan persoalan, apa sumbangan mereka, apa yang mereka mahu lakukan, jawapan yang diperolehi kebiasaanya tersasar. Jawapan itu hanya sekadar penyedap halwa telinga pendengar tapi bukan dari hati.

Bercakap dari hati... jika berjaya bercakap dari hati akan munculah cahaya diwajah, penuh keikhlasan dan ketelusan. Tetapi kebanyakan hanya bercakap dari mulut dan akal.. hati tidak bergerak..

Semoga beroleh keberkatan dan kerahmatan setelah mengharungi sebulan ibadat puasa... Semoga segala amalan kita diterima olehNya.

Wasalam... salam dari lanunMalaysia..