Cari Apa Saja Di Sini

Sabtu, 2 Januari 2010

Kelab Jutawan

Lama saya berfikir, apakah fokus saya terhadap blog ini. Apa yang paling baik untuk dikongsikan bersama. Untuk kesejahteraan semua. Akhirnya saya memutuskan untuk menulis tentang wang. Bagaimana untuk mengumpul wang. Melipatgandakan wang tersebut dan seterusnya mengecapi nikmat hidup yang sebenar. Saya terpanggil untuk fokus pada wang kerana semakin hari saya melihat semakin ramai manusia menjadi hamba wang dan dalam masa yang sama tidak tahu untuk menguruskan wang. Kurang tepat untuk membuat pilihan yang mana keperluan dan kehendak.

Saya akan memetik beberapa cara dari buku yang saya baca. Terus terang, saya amat meminati buku yang menceritakan bagaimana untuk mengumpulkan kekayaan dan menjadi jutawan. Sekiranya anda juga peminat buku sedemikian, saya memohon maaf kerana menghidangkan pengetahuan yang sama, namun, kita akan mengecapi sesuatu yang baru iaitu kebebasan dalam kewangan.

Untuk kali ini, cukup sekadar perkara asas iaitu menyimpan wang. Tanpa simpanan segalanya adalah mustahil untuk mengecapi keselesaan. Bagaimana untuk menyimpan dan dimana tempat yang paling sesuai, kita akan berbincang dari masa ke semasa. InsyaAllah, saya akan sentiasa up-date blog ini. Kita berkongsi pendapat dan pandangan. Dan paling penting, kita semua menuju ke kelab Jutawan.

Jumpa lagi..

Tiada ulasan: